|
1. SEMASA HARI SEBENAR
1.1 Penerima dan tetamu dikehendaki mematuhi garis panduan berpakaian seperti berikut:
1.1.1 Lelaki
Bagi penerima dan tetamu Melayu atau Islam, Pakaian Kebangsaan Rasmi iaitu Baju Melayu berwarna hitam, songkok baldu hitam, samping songket hitam, stoking hitam dan sepatu kulit hitam.
* Poket atas hendaklah dikosongkan,
ATAU
Pakaian Darjah yang berkenaan.
ATAU
Bagi penerima dan tetamu bukan Melayu, Lounge Suit berwarna gelap (Dark Lounge Suit) dengan baju kemeja lengan panjang berwarna putih atau cerah, tali leher, serta kasut dan stoking berwarna hitam.
* Blazer dan juga Sports Jacket atau Lounge Suit yang berwarna lain daripada warna gelap TIDAK DIBENARKAN.
ATAU
Pakaian Rasmi Jawatan (uniform) umpamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan dari Gred Utama/Khas/Pengurusan dan Profesional, Ahli-Ahli Parlimen dan lain-lain.
ATAU
Bagi penerima-penerima yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai serta Anggota Angkatan Tentera, Polis dan pegawai-pegawai lain serta anggota berpakaian seragam, hendaklah memakai PAKAIAN No. 1 (Istiadat) TANPA PEDANG dan SARUNG TANGAN, sepatu hitam dan stoking hitam.
* Bagi tetamu yang berpakaian seragam, mereka hendaklah memakai PAKAIAN No, 1 selengkapnya iaitu berpedang dan bersarung tangan.
1.1.2 Wanita
Baju Kurung berselendang. Selendang bolehlah diletakkan di atas bahu (seelok-eloknya di bahu kanan).
ATAU
Kebaya Labuh berselendang
* Baju Kebaya hendaklah labuh sehingga ke paras lutut.
* Kain bagi Baju Kebaya hendaklah tidak mempunyai belah sama ada di tepi ataupun di belakang.
* Bagi wanita bertudung tidak perlu memakai selendang.

SETERUSNYA |
|